Wednesday, August 6, 2008

POLITIK

7 Ogos, 2008


PR KECIL PERMATANG PAUH



Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 16 Ogos sebagai tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil akan diadakan pada 26 Ogos. Pilihan raya ini nanti akan merupakan pilihanraya yang penting bagi Barisan Nasional (BN) dan PKR.


Sebanyak 58,459 pemilih berdaftar terdiri daripada 57,969 pengundi biasa dan 490 pengundi pos layak untuk membuang undi pada pilihan raya tersebut.


Kerusi Parlimen Permatang Pauh telah dikosongkan oleh Datuk seri Wan azizah Wan Ismail pada 31 Julai untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.